Kad Pekerja MADANI adalah medium penyampaian faedah bersasar melalui pendekatan kerjasama strategik antara kerajaan dan sektor swasta
Kad Pekerja MADANI adalah medium penyampaian faedah bersasar melalui pendekatan kerjasama strategik antara kerajaan dan sektor swasta.
a) Mengurangkan Kos Sara Hidup
Meringankan kos sara hidup para pekerja, khususnya ahli kesatuan sekerja, menerusi pemberian diskaun dan faedah khas.
b) Mengalakkan Penglibatan Keahlian
Meningkatkan daya tarikan keahlian kesatuan sekerja melalui penawaran insentif dan kemudahan yang relevan kepada golongan pekerja.
c) Kerjasama Sektor Swasta
Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam agenda kebajikan pekerja nasional menerusi pendekatan menang-menang.
d) Mengukuh Keselamatan Sosial
Mengukuhkan jaringan keselamatan sosial pekerja melalui sokongan langsung terhadap akses kehidupan harian secara lebih sistematik dan mampan.